Siang Ke Sekolah, Malam Bekerja Demi Keluarga
Remaja di usia 13 tahun sepatutnya mereka ini melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan seusianya. Namun berbeza buat Syabil Zakwan yang sanggup berkorban dan meninggalkan keseronokan tersebut untuk bekerja bagi membantu menyara keluarga.
Semuanya bermula apabila bapanya, Shairul Azmi Abu Bakar, 40 yang mengidap penyakit kronik hingga menyebabkan dirinya terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan sejak setahun lalu. Sakit dialaminya itu memerlukannya untuk menjalani rawatan termasuk proses dialisis setiap tiga kali seminggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
BACA: “Produk Minda Tak Wujud, Nak Pandai Kena Usaha”
Ambil upah kerja kedai makan dari jam 8 hingga 12 malam
Keadaan bapanya itu menyebabkan keluarga mereka hilang punca pendapatan dan hanya mengharapkan pendapatan ibunya, Norzilawati Mohd Yusoff, 39, yang bekerja sebagai pembantu tukang masak di kantin sebuah sekolah.
Remaja 13 tahun itu membantu keluarganya dengan menyumbangkan sebanyak RM40 sehari yang diperoleh dengan mengambil upah bekerja sambilan di sebuah premis makanan di Gugusan Manjoi. Menurut Syabil, pekerjaan itu dilakukan selepas tamat waktu persekolahan iaitu dari jam 8 hingga 12 malam, setiap hari dan tidak mengganggu pelajarannya.
“Kerja saya ni tak ganggu pelajaran saya sebab biasanya saya akan mula bekerja dari pukul lapan malam. Saya pun sekolah sebelah petang. Jadi, sebelah pagi, bolehlah saya tengok-tengokkan ayah dan adik,” katanya kepada Sinar Harian.
7 orang adik-beradik, tinggal dirumah sewa tanpa sebarang perabot
Selain Syabil, rumah yang disewa oleh keluarga berkenaan turut didiami oleh enam adik beradiknya lain iaitu Nur Nabila Atikah, 17; Nur Nabila Atirah, 15; Nur Nabila Aliya Nisa, 11; Shairil Uzair, 10; Shazaril Irfan Ariff, 9 dan Nur Nabila Zahiran, 2.
Menurutnya, pada kebiasaan dia akan menemani bapanya untuk rawatan dialisis namun jika tidak berkesempatan, kakaknya Nur Nabila Atikah atau Nur Nabila Atirah yang membawa bapa mereka untuk menjalani rawatan termasuk dialisis.
“Biasanya, ayah kena pegi hospital sebelah petang. Kalau saya pergi sekolah, kakak sayalah yang akan temankan ayah sehinggalah ke rawatan dialisis. Rawatan dialisis tu lama, dalam empat jam.
“Biasanya rawatan ayah mula dalam 4 petang, jadi selepas lapan malam barulah kami balik. Kalau saya temankan ayah, kakak pula akan tengok-tongokkan adik di rumah. Biasanya ayah pergi ke hospital naik grab,” katanya.
Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian ke kediaman keluarga berkenaan di Jalan Tok Pegoh, Kampung Sungai Tapah Tambahan, Gugusan Manjoi mendapati rumah berkenaan hanya memiliki dua bilik selain hanya beralaskan karpet serta tikar getah di ruang tamu tanpa sebarang perabot termasuk televisyen.
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- Sinar Harian