’Sizzling Meletop’ Bertakhta Di Hati Pelanggan
Nama makanan yang unik serta catchy amat penting untuk peniaga melariskan jualan. Ini kerana orang ramai lebih tertarik dengan nama makanan yang unik serta mudah diingati di samping rasa makanan yang sedap.
Seorang peniaga di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, memberi nama kepada makanan dijualnya dengan nama yang ringkas dan unik seperti ‘Nasi Ayam Melekat’, ‘Sizzling Meletop’, ‘Bihun Sup Terangkat’ dan ‘Laksa Warisan’.
BACA: 9 Makanan Best Sekitar Shah Alam
Pemilik Gerai Nasi Ayam di Taman Bukit, Muhammad Amar Mustafa, 29 tahun, berkata keunikan nama-nama hidangan panas yang ada di gerainya membuatkan pelanggan tertarik untuk makan di samping mempunyai keenakan tersendiri.
Menurutnya, antara menu yang popular di gerainya ialah Nasi Ayam Melekat berharga RM4.50 dan Sizzling Meletop pada harga RM6.
“Kehebatan dua menu ini terbukti apabila dalam sehari, nasi ayam mencatat jualan lebih 200 pinggan, manakala sizzling pula dianggarkan lebih 60 ‘plate’, sekali gus ia jelas mendapat tempat di hati pelanggan,” jelasnya.
Menurutnya, menu Sizzling Meletop adalah menu terbaru mereka dan tak sangka ia mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
Mungkin kerana menu itu dihidangkan ketika panas dan kuah meletup-letup hingga membuatkan pelanggan tertarik untuk menikmatinya.
Tambahnya, dia dan isteri, Zarina Wan Chik, 29 tahun, mempelajari masakan sizzling itu dengan pertolongan Google selain sentiasa memastikan rasa hidangan itu enak.
“Walaupun tidak berpendidikan tinggi, saya mempunyai perancangan untuk mengetengahkan semua menu makanan terbaik diusahakan ini ke dalam sebuah kafe yang akan dibuka tidak lama lagi di sebuah lokasi strategik,” katanya.
Semoga impian Amar tercapai satu hari nanti. Apa yang penting, sentiasa pastikan kualiti makanan terjamin barulah pelanggan akan setia mengunjungi gerai kita.
ARTIKEL BERKAITAN:
7 Makanan Panggung Wayang Dari Negara Berbeza
3 Makanan Korea Anda Boleh Masak Sendiri
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pengalaman Makan Bakso Tepi Kubur Cina
- SUMBER
- HARIAN METRO