Spiderman Jual Burger Raih Pendapatan RM400 Sehari
Jika sebelum ini dia malu untuk memakai kostum Spiderman ketika membantu di gerai milik abangnya Ahmad Ridhuan Ishak, 22, namun kini remaja berkenaan Fakhrul Fahmie Ishak, 18, semakin teruja apabila strategi untuk melariskan jualan mereka berhasil.
Keunikan gerai burger yang diusahakan bersama rakan mereka Muhammad Syukri Hakim Yacoob, 21, di Kampung Raja, Besut, Terengganu itu ternyata menarik orang ramai dan pelanggan tidak putus-putus datang untuk mendapatkan burger mereka.
BACA: Telefon Polis Sebab Ada Bawang Dalam Burger
Menurut Fakhrul, dia yang merupakan anak bongsu dari lapan beradik itu membantu abangnya berniaga sementara menunggu keputusan SPM. Dalam masa sama, dia mahu mengumpul wang untuk menyambung pelajaran kelak.
Ujarnya lagi, ramai yang datang untuk mencuba keistimewaan burger yang dijual oleh mereka selain mahu bergambar dengannya.
“Mereka akan berhenti seketika untuk anak mereka berswafoto dan ketika itu saya mengambil peluang untuk mempromosi Square Burger Spiderman kami,” katanya.
Menariknya, guna daging burger bentuk segi empat
Menurut abangnya, Ridhuan, idea kostum itu tercetus secara spontan dan mereka membelinya secara dalam talian dengan harga hampir RM100 pada Disember tahun lepas sebelum memulakan peniagaan hujung bulan lalu.
Selain kostum Spiderman, apa yang menarik tentang gerai tersebut ialah mereka menggunakan gabungan roti berwarna-warni dan daging burger berbentuk segi empat.
Dalam sehari, mereka mampu menjual lebih 100 biji burger dengan harga serendah RM2.50 sehingga RM10.50 mengikut pelbagai jenis burger.
Katanya Ridhuan lagi, dalam sehari mereka mampu meraih pendapatan RM400 sehari berbanding sebelum ini mereka mengambil upah berniaga burger di Pasir Puteh dengan bayaran RM50 hingga RM70 satu malam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Selambak Shellout Dengan Harga Selamat Poket ☺️
- SUMBER
- The Malay Mail Online