Starbucks Bakal Haramkan Penyedut Minuman Tahun 2020
Kali ini giliran rangkaian kopi terkenal dunia, Starbucks pula bakal mengharamkan penggunakan penyedut minuman plastik di premis mereka menjelang tahun 2020.
Perlaksanaan tersebut akan dilakukan secara berperingkat di semua premis Starbucks seluruh dunia bermula di Amerika Syarikat hujung tahun ini, diikuti dengan premis di Eropah menjelang tahun hadapan.
BACA: Mulai 1 Ogos, Tiada Lagi Penyedut Minuman Di McDonald’s
.@Starbucks to eliminate plastic straws globally by 2020 https://t.co/s6Ddb6CVEw pic.twitter.com/mIEDDMEWWY
— Starbucks News (@Starbucksnews) July 9, 2018
Sehubungan dengan itu, Starbucks bakal menggunakan gelas dengan penutup rekaan baharu yang membolehkan pelanggan untuk menikmati minuman kegemaran mereka tanpa menggunakan sebarang penyedut minuman plastik.
Lebih menarik, penutup gelas yang bakal digunakan nanti diperbuat daripada bahan biodegradable yang mudah lerai bagi menjaga alam sekitar.
Apa pendapat anda tentang langkah Starbucks ini? Jika sebelum ini, McDonald’s di Penang tidak lagi menyediakan penyedut minuman di restoran mereka. Diharap lebih banyak lagi premis makanan dan minuman lain akan melakukan langkah sama untuk menjaga alam sekitar di Malaysia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni
- SUMBER
- The Vocket