Setiap kali musim perayaan, Starbucks pasti tak terkecuali dari memperkenalkan menu baru. Kali ini, Starbucks Malaysia memperkenalkan menu minuman terbaru bersempena tahun baru.

Usah risau, jika anda kurang meminati kopi, terdapat satu menu yang ditawarkan oleh Starbucks iaitu Salted Caramel Mocha Crumble.

BACA: Barista Starbucks Buka Rahsia Cara Order Frappucino

Sumber dari facebook.com

Menu terbaru sempena tahun baru 2018 ini adalah Chestnut Mont Blanc Latte, satu minuman gabungan buah berangan bersama kopi latte. Menarik bukan?

Sumber dari facebook.com

Selain itu, Salted Caramel Mocha Crumble kembali lagi atas sambutan menggalakkan sebelum ini. Siapa suka minuman coklat dalam kopi mesti akan menyukai minuman ini.

Harga bagi kedua-dua minuman tersebut bermula dari RM17.50. Balik kerja nanti boleh la serbu Starbucks berdekatan untuk dapatkan minuman terbaru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Cara Mudah Buat Green Tea Ala Starbucks
Starbucks Perkenal Kopi Latte Perisa Kunyit

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berpeluh Kepedasan Layan Nasi Kukus Malaya