Starbucks Perkenal Kopi Latte Perisa Kunyit
Anda mungkin pernah dengar charcoal latte yang diperbuat daripada arang ataupun kopi latte biasa yang menjadi kegemaran ramai apabila ‘coffee time’ di kafe bersama rakan-rakan ataupun mesin kopi layan diri dan menu latte sentiasa mempunyai evolusinya.
BACA: Ini Jumlah Telur Untuk Hasilkan Telur Dadar Raksasa!
Berwarna kuning keemas-emasan sehingga digelar ‘golden milk’ oleh golongan muda di United Kingdom (UK), menu latte kunyit adalah satu menu yang menjadi tumpuan ramai di sana.
Terbaru rangkaian kafe kopi terkenal, Starbucks turut mengikut trend kehendak pelanggan dengan bakal memperkenalkan latte kunyit di dalam menu kopi mereka.
Menu tersebut akan mula dijual pada 7 September ini dengan harga sebanyak £2.65 (RM14.68) untuk saiz short, £2.95 (RM16.34) bagi saiz tall dan £3.25 (RM18.00) untuk saiz grande. Menu tersebut akan dijual di 200 outlet Stabucks di sana.
Latte kunyit menjadi trend di UK kerana dikatakan khasiat anti-inflammatory yang terdapat dalam kunyit dalam menjadi ubat anti kanser.
Selain itu bauan kunyit bercampur susu dan espresso itu juga memberikan satu aroma yang membangkit deria bau mereka yang meminumnya.
Namun begitu setakat ini masih belum ada sebarang khabar yang mengatakan menu latte kunyit ini akan diperkenalkan di outlet Starbucks Malaysia tetapi kalau diperkenalkan pun apa salahnya untuk pergi mencubanya kan.
VIDEO: Ini Sebab Kami Tak Nak Balik Dari Jepun | Japan Day 13
- SUMBER
- Metro UK