Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan ke atas sejenis produk Jus Sunnah dan  Jus Penawar keluaran sebuah syarikat tempatan mendapati syarikat tersebut tidak wujud, di mana ini melanggar Seksyen 16, Akta Makanan 1983.

Di samping itu, hasil analisis mengesahkan ada di antara produk tersebut mengandungi dexamethasone dan prednisolone iaitu bahan steroid yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

KKM melarang penjualan jus tersebut.

Sehubungan itu, KKM melarang penjualan tersebut. Semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua jenis steroid berkenaan digunakan untuk merawat masalah bengkak dan radang yang serius.

Katanya, penggunaan secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing.

Bahaya steroid pada badan

Dexamethasone dan prednisolone adalah steroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakkan dan radang yang serius.

Penggunaan dexamethasone dan prednisolone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing.

Pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi yang serius.

Jangan memberhentikan penggunaan secara mendadak?

Menurut KKM lagi, orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini adalah disarankan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.

Pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangkamasa yang lama digesa supaya TIDAK memberhentikan penggunaannya secara mendadak dan turut mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.

Ini kerana ini boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan (akibat withdrawal syndrome).

Artikel Berkaitan
Ada Cacing Mati, Jenama Sardin Terkenal Ditarik Balik
6 Lagi Jenama Sardin Disahkan Ada Cacing

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱

Sumber: Kpkesihatan.com