Strawberi Buah Paling Kotor, Banyak Racun Perosak
Pasti anda tahu kebanyakan buah dan sayur mengandungi racun perosak. Tapi siapa sangka kandungan racun perosak dalam buah kegemaran anda sangat tinggi!
Menurut laporan oleh Environmental Working Group (EWG), kandungan racun perosak masih ada di dalam buah atau sayur tersebut walaupun sudah dikupas dan dibasuh dengan bersih.
BACA: Bagi Buah Limau Dikira Rasuah?
Lebih mengejutkan, hampir 230 jenis racun perosak berbeza di temui masih berada di dalam buah dan sayuran tersebut.
EWG juga mendedahkan 12 buahan dan sayuran paling kotor, dan 15 senarai paling bersih tahun 2018.
Jangn terkejut jika buah dan sayur kegemaran anda tersenarai yang paling kotor. Kajian menunjukkan strawberi mengandungi 22 jenis racun perosak berbeza.
12 senarai buah & sayuran paling kotor
1. Strawberi
2. Bayam
3. Nectarine
4. Epal
5. Anggur
6. Peach
7. Ceri
8. Pir
9. Tomato
10. Saderi
11. Kentang
12. Cili benggala
EWG juga mendedahkan, kurang daripada satu peratus sampel avokadi dan jagung manis menunjukkan sebarang racun perosak, sementara 80 peratus nanas, betik, asparagus, bawang, dan kubis bebas dari racun perosak.
15 senarai buah & sayuran paling bersih
1. Avokado
2. Jagung manis
3. Nenas
4. Kobis
5. Bawang merah
6. Kacang manis
7. Betik
8. Asparagus
9. Mangga
10. Terung
11. Tembikai susu
12. Kiwi
13. Semangka
14. Kobis bunga
15. Brokoli
ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ramai Sanggup Ke Sini Untuk Nikmati Rendang Landak
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tempat Makan Di Taman Tamadun Islam Terbongkar!
- SUMBER
- World of buzz