Stres Jalan Sesak & Minyak Mahal, Warga Indonesia Cipta Helikopter
Nampaknya, ramai yang mungin akan mengikut jejak langkah lelaki di Indonesia ini yang membuat keputusan untuk membina helikopternya sendiri kerana tidak tahan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk di negara itu.
Lelaki tersebut, Jujun Junaedi, 42, dari Sukabumi, Jawa Barat menghabiskan masa luangnya di kawasan belakang rumah untuk merealisasikan ideanya berpandukan video pembelajaran.
BACA: RM30,000 Sehala, Orang Kelantan Paling Ramai Sewa Helikopter Balik Raya
Menurut Jujun, apa yang membuatkan dia mahu membina helikopternya sendiri berikutan kesesakan di selatan ibu negara Jakarta yang boleh mencapai sehingga 110 kilometer.
“Ia sangat mengecewakan. Anda kehabisan petrol dan membuang masa. Akhirnya anda tidak tahu hendak ke mana.
“Asalkan ia boleh terbang, saya sudah cukup puas hati,” kata Junaedi.
Menurtu Junaedi, dia telah membelanjakan kira-kira AS$2,100 (RM8,763) untuk membeli komponen dan barangan terpakai dari kedai membaiki kereta sejak memulakan pembinaan helikopter 18 bulan lalu.
Turut membantunya membina helikopter setinggi 8 meter itu adalah anak lelakinya dan beberapa orang jiran.
Untuk pengetahuan anda, Junaedi bukanlah orang pertama yang cuba membina sebuah pesawat. Dua tahun lalu seorang lelaki dari Afrika Selatan menggunakan kepingan besi dan sekerap untuk menghasilkan sebuah replika helikopter polis.
Usaha seorang petani dari China juga menjadi tajuk utama pada 2016 selepas dia menghabiskan masa selama tiga tahun untuk membina helikopter sendiri namun gagal.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Sinar Harian