Kita sering dengar sesetengah orang mengigau berjalan semasa tidur dan mereka sendiri tidak menyedarinya hinggalah orang terdekat dengan mereka memaklumkan kepada mereka.

Berbeza dengan seorang lelaki di Taichung, Taiwan apabila dia mengigau dengan menumbuk, menendang dan memukul isterinya semasa tidur.

BACA: Suami Isteri Curi Tabung Derma Tahfiz

Isteri lelaki tersebut, Wu, 60 tahun berkata, suaminya mula mengigau sejak 10 tahun lalu dimulai dengan bercakap semasa tidur hingga kini dia sudah sampai ke tahap memukul dirinya yang tidur di sebelah.

Akibat tak tahan diperlakukan sedemikian, Wu memfailkan aduan keganasan rumahtangga dan suaminya bersetuju untuk mendapatkan rawatan demi menyelamatkan rumahtangga mereka yang dibina hampir 30 tahun.

Suaminya mendapat rawatan di Hospital Besar Kuang Tian dan doktor mendapati dia mengalami gangguan tidur yang dipanggil gangguan perilaku tidur gerak-mata cepat (REM).

“Ini adalah tanda klasik gangguan perilaku tidur REM dan ia sebenarnya boleh dirawat dengan bantuan ubatan,” ujar doktor Yang Chun-bei.

Menurutnya, gangguan itu menyebabkan lelaki berkenaan bergerak secara fizikal semasa tidur daripada membiarkan mimpi bermain di minda seperti orang lain.

Tak sangka ada orang mengalami masalah seperti ini semasa tidur. Tapi kadang-kadang kita pun rasa mimpi macam real bila terjaga dari tidur atau jatuh dari katil.

Kajian menunjukkan pesakit REM hanya mencederakan orang sekeliling dan tidak mencederakan diri mereka sendiri serta berlaku ketika pesakit sedang tidur nyenyak.

Bayangkan Wu sanggup tahan dipukul oleh suaminya semasa tidur selama 10 tahun. Mesti dia rasa sedih dan beranggapan suaminya tidak menyayangi dirinya. Semoga suami Wu pulih seperti biasa dan bahagia selamanya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Suami Isteri Gaduh Sebab Ubat Gigi
Ini Sebab Isteri Ikut Suami Hidup Dalam Hutan
Ucapan Birthday Buat Isteri Di Sukan SEA Viral

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Kedai Nasi Kukus Ayam Cincang Ni Bukak 24 Jam