Suami Kantoi Curang Lepas Isteri Nampak Foto Saman Bonceng Wanita Lain
Nasib tidak menyebelahi lelaki ini bukan saja menerima saman tetapi kantoi curang apabila pihak berkuasa Thailand menghantar surat saman berserta gambarnya melakukan kesalahan tersebut.
Menurut laporan, surat saman tersebut dihantar ke rumahnya bersama gambar bukti kesalahan trafik yang dilakukan.
BACA: Kantoi Curi Kereta, Hakim Larang Pemuda Minum Pepsi Selama 4 Tahun
Isterinya yang ketika itu berada dirumah membuka surat tersebut dan melihat gambar bukti terbabit.
Bagaimanapun, wanita itu berasa curiga kerana dalam gambar tersebut suaminya memakai topi keledar tetapi wanita yang diboncengnya tidak memakai topi keledar.
Selepas dikenal pasti, si isteri menyedari bahawa wanita yang dibonceng oleh suaminya itu bukan dirinya. Malah wanita itu juga tidak mengetahui siapakah wanita tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan itulah bahayanya jika tidak memakai topi keledar. Bukan sahaja membahayakan nyawa tetapi rumah tangga juga.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉
- SUMBER
- World Of Buzz