Suka Makan Ikan Kering Risiko Derita Kanser Hidung
Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei disahkan menghidap kanser hidung peringkat awal. Berita tersebut menjadi perhatian ramai dan ada yang tertanya-tanya apakah faktor yang menyebabkan pemain berusia 36 tahun itu menghidap penyakit tersebut.
Seorang doktor pakar telinga, hidung dan tekak, Dr Mohd Saiful Nizam tampil menjelaskan dan berkongsikan kepada orang ramai apakah sebenarnya kanser pangkal hidung.
BACA: Suka Sangat Makan Pedas, Wanita Ini Hampir Hidap Kanser
Disebabkan oleh rokok & makanan yang diawet
Menurut Dr Shaiful, kanser hidung itu kerap dihadapi oleh kaum Cina disebabkan oleh keturunan dan jangkitan Virus Esptein Barr. Katanya lagi, gaya hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet turut menjadi penyumbang kanser tersebut.
Gejala utama, bengkak leher & hidung berdarah
Menurutnya, gejala penyakit itu dapat dilihat dari segi fizikal dan hidung kerap berdarah secara tiba-tiba. Ujarnya lagi, jika anda mengalami bengkak di leher lebih dari 3 minggu cepat-cepat berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Cara untuk merawat penyakit kanser hidung adalah dengan melakukan radioterapi dan kemoterapi sahaja.
Diharap perkongsian oleh Dr Shaiful ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- ohmymedia