Rakyat Malaysia dan makanan pedas memang tak boleh dipisahkan. Ada sesetengah orang, bagi mereka masakan itu menjadi tidak sedap jika tidak ada rasa pedas. Tapi ramai yang tidak tahu, jika suka sangat makan pedas lebih-lebih lagi dengan kepedasan melampau boleh menjejaskan bahagian usus.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook kongsikan kisah yang berlaku kepada isterinya yang sukakan makanan pedas terutamanya mee ramen Korea pedas yang menjadi kegilaan ramai.

BACA: Burger Pedas Ramen Korea Viral Di Alor Setar

Menurut lelaki tersebut, walaupun kejadian itu sudah tiga tahun berlalu, dia terpanggil untuk kongsikan kisah isterinya itu agar menjadi pengajaran kepada penggemar mee ramen.

Kata lelaki itu, dia kagum dengan isterinya yang boleh menikmati mee ramen pedas tersebut tanpa minum air. Namun tidak sangka mereka terpaksa habiskan sehingga RM10,000 untuk mengenal pasti punca isterinya sakit perut dah tidak dapat menahan sakit.

Hasil pemeriksaan mendapati punca kesakitan itu disebabkan oleh dinding usus luka akibat makanan pedas tersebut. Ujarnya lagi, tanda-tanda usus luka apabila seseorang itu susah untuk sendawa dan rasa angin dalam perut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dimana rata-rata mereka sudah mula takut. Lebih mengejutkan, ada netizen yang turut menambah lada hitam ke dalam mee ramen pedas untuk menambahkan lagi rasa pedas.

 

 

 

Rupanya ada ramai netizen yang pernah mendengar kisah tentang bahaya makanan mee ramen pedas tersebut dan sudah ramai yang menderita kerana luka pada usus kerana suka makan pedas.

 

Tiada salahnya untuk menikmati hidangan pedas tapi biarlah berpada-pada. Walau sedap macam mana sekali pun janganlah sampai boleh memudaratkan kesihatan. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Spicy Ramen Challenge: Bukan Pedas Sangat Pun!