Suka Makanan Segera, Buah Dada Lelaki Ini Membesar
Siapa yang suka sangat makan makanan segera, lebih baik anda kurangkan, terutama sekali kaum lelaki. Takut-takut nanti senasib dengan seorang lelaki dari China ini.
Sejak enam tahun lalu, seorang remaja lelaki yang kini berusia 19 tahun bingung memikirkan tentang masalah kesihatan yang dihadapinya.
BACA: Kajian: Tak Semua Makanan Proses Bahaya
Manakan tidak, remaja lelaki yang dikenali sebagai Xiao Yang itu mengalami tumbesaran pada salah satu buah dadanya dan menyerupai seperti buah dada wanita.
Selepas enam tahun, buah dada di sebelah kanan Yang semakin membesar sehingga membuatkan dia berasa malu lebih-lebih lagi apabila meningkat dewasa.
Menurut Yang, dia mula perasan perubahan pada buah dada kanannya sejak dia berusia 13 tahun apabila mendapati ia kelihatan sedikit berbeza daripada sebelah kiri.
Menurut laporan akhbar tempatan, Qianjiang Evening Post, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Pusat Wenzhou pada Julai lalu.
Hasil pemeriksaan mendapati kelenjar susu remaja itu membesar dan saiznya menjadi tidak normal bagi seorang lelaki.
Melalui kajian saintifik yang dijalankan, Zhongliang percaya masalah ginekomastia yang berlaku terhadap seseorang lelaki itu berpunca daripada tabiat memakan terlalu banyak makanan segera dan makanan proses yang dicampur dengan bahan kimia tertentu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram