Suka Sangat Makan Pedas, Wanita Ini Hampir Hidap Kanser
Rasanya ramai di antara anda yang suka sangat makanan pedas. Sudah menjadi kebiasaan orang Malaysia, kalau makanan tak pedas memang tak sah. Tapi perkongsian ini mungkin akan menjadi peringatan buat mereka yang sukakan sangat makanan pedas.
Menurut perkongsian wanita ini, gara-gara suka sangat makan pedas selepas 10 tahun baru dirasai kesannya apabila dia menderita tahap pertana Barret’s Esophagus yang boleh membawa kepada kanser.
BACA: ‘Supper’ Selepas 10 Malam Tingkatkan Risiko Kanser!
Menerusi Twitter, wanita ini kongsikan pengalamannya dan juga pengajaran buat mereka yang suka melambatkan waktu makan dan suka makanan pedas sepertinya.
Dulu tak rasa, dah 10 tahun baru rasa azab dia
Menurut wanita yang dikenali sebagai Jia ini, sejak belajar di universiti dia suka melambatkan waktu makan sehingga menjadi satu tabiat. Katanya lagi, dia sememangnya sangat sukakan makanan pedas.
Sakit di bahagian tengah sampai tak boleh bernafas
Wanita ini tidak menyangka, selepas 10 tahun dia merasakan tidak selesa di bahagian perut sehingga menyukarkan untuk bernafas. Namun disangkakan ianya perkara biasa.
Mengalami muntah-muntah, rasa tekak sempit
Lama-kelamaan, dia mengalami sakit kepala setiap hari, mengalami muntah-muntah dan merasakan ada benda bergerak di dalam perut dan akhirnya dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Disahkan BARRETT’S ESOPHAGUS tahap satu, jika dibiar boleh sebabkan kanser
Namun berita yang diterima cukup mengejutkan apabila, doktor mengesahkan wanita ini menderita BARRETT’S ESOPHAGUS tahap satu. Jika dibiarkan boleh menyebabkan kanser.
Ramai yang tidak tahu tentang risiko BE
Wanita ini turut menasihati mereka di luar sana untuk menjaga pemakanan dan jika ada rasa sakit jangan dibiarkan sehingga berlarutan, pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- Twitter Jia Shamsuri