Sultan Johor Rancang Buka Pasar Raya Harga Murah
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sememangnya dikenali sebagai seorang sultan yang sangat berjiwa rakyat dan sering mengambil berat tentang kebajikan rakyat. Jadi tidak hairanlah jika baginda antara sultan yang sangat disenangi rakyat.
Baru-baru ini, menerusi laman rasmi Facebook Royal Press Office, Sultan Ibrahim merancang untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama sebuah pasar raya besar di Johor.
BACA: Sultan Johor: Tutup Premis Haram, Termasuk Tahfiz
Sultan Ibrahim bertitah pasar raya tersebut akan menjual barang keperluan pada harga lebih rendah bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
“Ini akan memudahkan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan asas dan harian pada harga yang murah,” titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah, pengumuman lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan Baginda dalam tempoh terdekat.
Perkongsian Baginda mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutamanya rakyat Johor yang meluahkan rasa syukur dengan perancangan tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥