“Ubah Perkataan Mat Rempit Jadi Brother Motor”
Selalunya bila kita nampak orang bawa motosikal je mereka akan digelar sebagai Mat Rempit. Gelaran tersebut seperti sudah sebati di kalangan masyarakat.
Namun tidak bagi Sultan berjiwa rakyat ini yang mahu mengubah pemikiran masyarakat agar tidak lagi menggelar Mat Rempit sebagai sampah masyarakat.
BACA: “Kalau Anak Jantan, Lawan Dengan Pasukan Johor”
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencadangkan gelaran ‘Mat Rempit’ diubah supaya dilihat lebih berdisiplin.
“Bagi saya perkataan Mat Rempit bunyinya seperti sampah masyarakat dan menggambarkan golongan samseng motosikal.
“Saya cadangkan nama Mat Rempit diubah kepada Brother Motor,” titah Sultan Ibrahim yang dipetik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sultan Ibrahim dalam titahnya turut mengingatkan Brother Motor supaya menghormati orang lain dan tidak menggunakan jalan raya sebagai litar lumba.
Baginda bertitah pernah menegur penunggang motosikal yang berlumba dan membuat bising di hadapan Hospital Sultanah Aminah Di Johor Bahru.
“Mungkin ada Brother Motor yang terlantar sakit pasti akan mengeluh…sampai hati lu bising-bising berlumba di luar, tak fikir ke gua tengah sakit,” titah Sultan Ibrahim.
Baginda bertitah banyak kes kemalangan di jalan raya membabitkan anak muda kerana sikap terlalu berani dan memandu kenderaan mengikut perasaan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VIDEO: “Ini Baru Betul Johor”
- SUMBER
- mStar