Ada sebab kenapa kita perlu berhati-hati ketika bercakap kerana buruk padahnya jika kita tersilap cakap bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Baru-baru ini Sultan Selangor bertitah bahawa dia murka dengan kenyataan bekas perdana menteri Malaysia.

BACA: Padah Hina Sultan Perak

Sumber dari themalaymailonline.com

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berjumpa dengan majlis Diraja pada Khamis lalu dan mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah serius, jelas setiausaha Mahkamah Diraja Selangor, Hanafisah Jais.

Tun Dr Mahathir dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mempunyai pemimpin berketurunan “lanun Bugis” dalam Himpunan Sayangi Malaysia – Hapuskan Kleptokrasi yang diadakan pada 14 Oktober lalu.

Berikutan itu, mahkamah Diraja berkata satu siasatan wajib dilakukan berkenaan kenyataan berbentuk hasutan yang menyatakan Bugis adalah lanun.

Walau bagaimanapun, diharap perkara sebenar bakal diketahui selepas siasatan selesai. Mungkin Tun Dr Mahathir tidak maksudkan seperti itu dan diharap perkara sebegini dapat diselesaikan dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN:
Sultan Johor: Tutup Premis Haram, Termasuk Tahfiz
Biadap Sangat Hina Sultan, Akhirnya Kena Tangkap
Kisah Di Sebalik Teh Tarik Kesukaan Almarhum Sultan Kedah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Midin Dan Gula Apong Di Sarawak