Surat ‘Resign’ Viral, Mahu Pulang Lepas BN Tumbang
Kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu membuktikan bahawa suara rakyat adalah suara keramat. Apa yang pasti kemenangan itu seperti membuka lembaran baru buat rakyat Malaysia, lebih-lebih selepas pemansuhan GST yang diumumkan baru-baru ini.
Baru-baru ini, surat berhenti kerja seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura viral di media sosial. Lelaki itu yang dikenali sebagai Nick, mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan berbakti kepada negara selepas kerajaan yang sebelum ini dipegang oleh Barisan Nasional tumbang pada PRU yang lalu.
BACA: Rakyat Malaysia Cuti Mengundi, Orang Singapura Tak Puas Hati
“Saya ingin memaklumkan notis rasmi perletakan jawatan saya di syarikat ini”
“Sebab saya ingin meletak jawatan daripada syarikat ini kerana negara tercinta saya baru saja ‘UBAH’, saya percay ini peluang terbaik untuk saya pulang ke negara saya dan berkhidmat pada negara, walaupun saya terpaksa menjual Nasi Ayam, saya masih mampu untuk bayar cukai pada kerajaan baru.
“Ini bukan keputusan yang mudah dan saya amat menghargai sokongan selama saya berkhidmat di sini. Saya sangat berbangga dapat bekerja di syarikat ini dan bersama pasukan.
Ternyata, rata-rata netizen sangat bangga dengan semangat patriotik di dalam diri Nick kerana ramai yang tidak sanggup untuk melepaskan pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan, lebih-lebih lagi pertukaran wang yang tinggi di Singapura.
“Bekas pembangkang telah banyak berkorban untuk menjatuhkan BN. Sekarang sudah sampai waktunya untuk kita kembali berkhidmat pada negara,” kata seorang netizen.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)
- SUMBER
- ohmymedia