Surau Petronas Tukar Telekung Setiap Hari Demi Keselesaan Pengguna
Ramai wanita terpaksa membawa telekung sendiri jika beribadat di surau awam kerana telekung yang disediakan mungkin berbau atau tidak bersih. Namun kini anda tidak perlu risau lagi, lebih-lebih lagi jika anda singgah ke surau awam di stesen minyak.
Untuk memastikan keselesaan pengguna wanita di surau awam, Petronita melaksakan langkah dengan menukar telekung di surau awam stesen minyak Petronas setiap hari.
BACA: Kisah ‘Makcik Telekung’ Di Majlis Kahwin
Untuk pengetahuan anda, Petronita adalah persatuan untuk isteri dan kakitangan wanita Petronas dan merupakan salah satu kelab di bawah Petronas.
Lebih menarik, telekung yang disediakan akan ditukar setiap hari mengikut warna dan dibasuh setiap hari untuk memastikan telekung tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan memberikan keselesaan pada pengguna.
Sebagai pengguna (read: mangsa) telekung telekung di public suraus in Malaysia which aren’t always decent hygiene- or cleanliness-wise, I appreciate this initiative by Petronita thank u very much hope ideas like this spread like wildfire pic.twitter.com/ePiV1wLJQE
— Anis Khairil (@aniskhairil) August 6, 2018
Setakat ini, 100 stesen Petronas terpilih di seluruh Malaysia yang menyediakan telekung solat Petronita setiap hari.
Langkah tersebut ternyata mendapat respon positif dari orang ramai yang lebih selesa untuk menggunakan telekung yang disediakan dan berharap usaha tersebut dapat diperluaskan di semua surau awam.
ARTIKEL BERKAITAN:
Majlis Kahwin Bertemakan Tahun 60-an
Kena Saman Akibat Tak Datang Hari Perkahwinan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pertama Kali Makan Unicorn Manis!!!
- SUMBER
- The Vocket