Susah Berhenti Merokok, Doktor Ini Kongsikan Langkah Berkesan
Walaupun sudah mengetahui merokok membahayakan kesihatan, tapi masih ramai diluar sana yang masih tidak ambil peduli kesannya pada tubuh badan. Tabiat merokok bukan saja beri kesan buruk pada perokok malah orang sekeliling juga turut terdedah dengan asap bahaya tersebut.
Ramai yang ambil sikap tidak acuh dengan asap rokok yang disedut oleh orang sekeliling. Mereka boleh mengalami masalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
BACA: Tak Tahan Anak Mengamuk, Ibu Beri Rokok Hingga Ketagih
Namun buat perokok, bukan mudah untuk menghentikan tabiat tersebut. Namun Dr Ezairy M.Salih kongsikan tentang lapan langkah terbaik dan mudah untuk menghentikan tabiat merokok.
Susah nak berhenti merokok? Ini langkah terbaik anda boleh cuba!
Anda berhadapan dengan ahli keluarga yang merokok?
Rasa susah untuk nasihat mereka? Sukar untuk berhenti? Ini lapan langkah terbaik untuk menghentikan tabiat merokok.
1.Sedut minuman
Apabila kita menyedut minuman dengan menggunakan straw, ia akan mengganti dan membantu untuk menhenti keinginan menyedut rokok.
2.Mengunyah & makan
Salah satu cara untuk melupakan kita dengan tabiat merokok ialah ambil apa-apa makanan. Kerapkan makan. Bagi mengelakkan kenaikan berat badan, ambil makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Kuantiti sedikit secara kerap. Ambil buah-buahan contohnya. Mengunyah chewing gum juga bagus.
3.Penuhkan jadual bulanan anda
Ini paling best! Buat jadual bulanan secara tetap. Sebelum masuk bulan baru, pastikan anda buat jadual harian selama sebulan. Padatkan rutin harian. Semakin sibuk anda, semakin lemahbkeininan anda terhadap perkara lain seperti merokok.
4.Banyakkan aktiviti sihat
Berbasikal, bersukan dan berlari contohnya. Sibukkan diri dengan aktiviti sukan dan lasak akan menjadikan hidup lebih bermanfaat.
5.Ingat semula kenapa anda berhenti merokok
Tulis besar-besar di dinding, di pintu peti ais, di dapur dan di bilik. Letak gambar keluarga dan anak-anak. Anda pasti akan sentiasa bermotivasi dengan matlamat asal anda.
6.Simpan duit setiap hari
Jadikan amalan menyimpan wang yang selama ini anda guna untuk rokok dengan menyimpan di tabung. Kalau sebelum ini setiap hari beli sekotak rokok berharga sepuluh ringgit contohnya. Sekarang simpan nilai berkenaan setiap hari di tabung simpanan anda. Bila keinginan untuk merokok datang, lihat kembali berapa banyak wang yang telah anda simpan semenjak berhenti merokok.
7.Tulis semua trigger kepada merokok
Anda mesti tahu apa situasi yang menyebabkan anda akan merokok. Tulis dan senarainakn semuanya. Kenalpasti kelemahan anda. Elakkan ia. Tak guna kalau mampu berhenti tiga bulan tapi merokok semula hanya kerana perkara yang anda sendiri boleh elak.
8.Keep on track
Kekalkan momentum dan motivasi anda. Banyakkan hadiri program bermanfaat seperti ceramah agama, aktiviti bersama keluarga, create hobi baru. Semua perkara ini akan membuat anda terus konsistent dengan matlamat anda. Jangan putus asa!
Semoga saranan dari doktor ini sedikit sebanyak boleh membantu anda atau ahli keluarga di luar sana yang ingin berhenti merokok. Diharap perkongsian ini boleh dikongsikan kepada orang yang anda sayang dan bermanfaat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- siakapkeli