Bila bercakap soal kentut saja mesti ramai yang tak suka, cakap busuklah, tak ada adab bila kentut. Seperti yang anda tahu kentut datang dari dalam usus.

Didalam usus terdapat gas yang berasal dari udara dan oksigen yang kita hirup atau telan. Jika banyak bakteria yang tidak baik di dalam usus, makin berbaulah kentut anda.

BACA: Anak Selalu Diejek, Lelaki Mahu Tukar Nama ‘Kentut’

Tetapi siapa sangka seorang lelaki dari Perancis bernama Christin Poincheval berjaya mencipta pil untuk mengubah bau kentut menjadi wangi.

Menurutnya, pengambilan pil tersebut membuatkan bau kentut yang busuk menjadi wangi mengikut perisa tertentu seperti coklat dan bunga mawar.

Produk dikenali sebagai PilulePet itu mula dicipta sekitar tahun 2007. Menurut lelaki itu lagi, pil tersebut dihasilkan menggunakan bahan semula jadi dan organik.

Pil tersebut mempunyai empat perisa iaitu Christmas Chocolate, May Day Lily, St Valentine Ginger dan Violet and Rose.

Sebotol pil tersebut dijual dengan harga £17 (RM87.75) dan jika anda ingin mencuba terlebih dahulu, setengah paket dijual dengan harga £13.52 (RM69.79).

ARTIKEL BERKAITAN:
Pencipta Piza Hawaiian Meninggal Dunia
Meninggal Dunia Kerana Nyanyi Lagu Nada Tinggi?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Buttermilk Lambat Datang, Masih Berlagak