Tabiat Suka Cium Bau Stokin, Lelaki Ini Terlantar Di Hospital
Seorang lelaki terpaksa dikejarkan hospital selepas dia mengalami jangkitan paru-paru yang teruk akibat tabiatnya yang suka mencium stokinnya sendiri.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Zhangzhou, wilayah Fujian, China, lelaki berusia 37 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan terlalu obses mencium stoking yang dipakainya setiap kali pulang dari kerja.
BACA: Ini Punca KJ Pakai Stokin Lain Sebelah
Lelaki itu memberitahu, setiap kali menukar pakaian, dia akan membuka stokin yang dipakainya dan menyedut bauan itu sedalam-dalamnya.
Akibat dari perbuatan itu, dia telah dijangkiti fungus dari dalam kasut akibat keadaan kaki yang berpeluh dan ia telah membiak dan merebak ke dalam paru-parunya.
Imbasan x-ray yang dilakukan mengesahkan lelaki itu menghidapi jangkitan teruk pada bahagian paru-paru dan terpaksa ditahan untuk menerima rawatan lanjut.
Pihak hospital juga turut mengesahkan bahawa punca jangkitan tersebut adalah disebabkan oleh tabiatnya yang gemar mencium bau stokin.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- metro.co.uk