Tahi Ayam Membukit, Terpaksa Tutup Kedai
Gara-gara lori tahi ayam terbalik, sebuah kedai runcit di Tanjung Tualang, Perak ‘dibanjiri’ oleh najis ayam yang bertaburan. Pemilik kedai, Mat Isa Sa’ad, 65 tahun, terpaksa menanggung kerugian besar akibat semua barang jualan rosak dan terpaksa dibuang. Malah, pemandu lori berkenaan turut maut akibat kejadian itu.
BACA: Sanggup Makan Sisa Ayam Demi Alas Perut
Anak kepada pemilik kedai runcit tersebut, Auninazirah Mat Isa, 30 tahun berkata, ayahnya berada di dalam kedai ketika kejadian, namun tidak mengalami sebarang kecederaan cuma sedikit trauma.
“Setakat hari ini (semalam) bahagian dalam kedai dibersihkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), namun bahagian hadapan kedai dan sebuah rumah saudara berhampiran masih dipenuhi tahi ayam,” ujarnya.
“Kami tidak pasti kerugian akibat kejadian ini, tetapi boleh dikatakan semua barangan jualan seperti biskut, keropok, aiskrim dan lain-lain terpaksa dibuang kerana tidak boleh dijual lagi,” tambahnya kepada pihak Harian Metro.
Tambahnya lagi, pemilik lori hanya mampu memberikan wang ganti rugi sebanyak RM200 kepada mereka dan meminta mereka membuat tuntutan insurans untuk menampung jumlah kerugian.
“Jumlah itu ternyata tidak mencukupi dan pemilik lori meminta kami membuat tuntutan insurans. Bapa saya belum membuat taksiran kerugian lagi kerana trauma selain sedih susulan kedai berkenaan lebih 40 tahun diusahakan,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.
Kadang-kadang kita tak dapat menduga apa yang akan berlaku namun kita mampu mengubahnya seperti sentiasa berhati-hati ketika memandu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan-Makan: Ayam Crispy Acik Lan
- SUMBER
- HARIAN METRO