Ramai yang mengeluh berikutan harga ikan di pasaran semakin mahal dan tak masuk akal. Sekejap harga melambung naik, sekejap harga turun menyebabkan orang ramai terpaksa berbelanja lebih untuk membeli ikan.

Peniaga juga dikesan meletakkan harga berbeza mengikut gred ikan, kesegaran dan premis jualan mereka.

BACA: Pasar Ikan Terbesar Dunia Terbakar

Beberapa pasar ikan dan pasar raya besar di kawasan Lembah Klang didapati meletakkan harga yang sangat berbeza, lapor Harian Metro.

Harga bagi ikan kembung, selar dan mabung dijual pada harga RM12.99, RM14.99 dan RM10.99 sekilo di sebuah pasar raya dan anda akan mendapati harga ikan-ikan ini berbeza jika pergi ke pasar raya lain.

“Saya selalu juga membeli ikan, selain daging untuk keperluan di rumah. Saya kurang beli ayam. Harga ikan sekarang boleh tahan (agak mahal),” ujar kakitangan kerajaan, Azri Yunus, 32 tahun.

Berikutan itu, seorang wanita di Kota Bharu, Kelantan, turut merasakan harga ikan terlalu mahal hingga menyukarkan dia untuk membeli barangan dapur yang lain.

“Harga ikan naik mendadak sejak kebelakangan ini menyebabkan keluarga terbeban. Pilihan ikan juga sangat terhad,” luah Zabidah Jaafar, 53 tahun.

“Inipun mak cik beli terus daripada peraih untuk harga lebih murah berbanding di tempat lain,” katanya yang memperuntukkan sebanyak RM16 sehari untuk membeli ikan.

Selain itu, seorang pengguna turut berdepan situasi yang sama di Kuala Terengganu, Terengganu, apabila harga ikan dilihat semakin tak terkawal.

Malah, harga ikan tak menentu menjadi faktor orang ramai susah untuk membuat pilihan dan terpaksa membeli ikan pada harga tinggi.

Mungkin sekarang sudah menghampiri musim tengkujuh jadi nelayan jarang turun ke laut menyebabkan harga melambung naik.

Diharap pihak berkuasa dapat memantau harga ikan di pasaran kerana jika tiada pantauan dibuat, harga ikan memang akan menjadi terlalu mahal hingga orang ramai tak mampu membelinya selalu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Dedah Isi Sebenar Jendul Ikan Flowerhorn
“Tak Berani Jual Ikan Buntal, Ada Yang Mati”
Ikan Bertukar Jantina Akibat Pil Perancang

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Asam Pedas Salmon Tepi Sungai Melaka?