Tak Beri Anak Suntikan Vaksin, Ibu Bapa Boleh Didenda RM20,000

Isu vaksin bukanlah perkara baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini isu tersebut semakin menjadi perhatian masyarakat berikutan terjadi kes kematian kanak-kanak akibat penyakit defeteria.
Boleh dikatakan masih ada dikalangan ibu bapa yang masih enggan menerima imunisasi kepada anak mereka dan ia berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan.
BACA: Mufti: Ibu Bapa Sengaja Tolak Vaksin Dianggap Berdosa
Memetik laporan Astro Awani, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, ibu bapa yang didapati cuai terhadap anak-anak hingga menyebabkan kematian boleh boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak.
“Akta Kanak-kanak punyai fasal kecuaian, vaksinasi sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak.
“Kami merancang untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan kesihatan kanak-kanak dengan tidak memberikan vaksin. Ia bukan sahaja memberi impak kepada anak, tetapi kanak-kanak yang lain juga,” katanya.
Mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana mereka yang mengambil berat terhadap kanak-kanak, yang mendera, mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan emosi atau fizikal boleh dikenakan denda RM20,000, hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pada 21 Februari lalu, negara digemparkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki di Johor Bahru yang disyaki akibat jangkitan difteria.
Kanak-kanak berusia dua tahun satu bulan itu dilaporkan tidak pernah memerika suntikan imunisasi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- World of buzz