“Asnaf Mampu Beli Rokok, Tak Layak Dapat Bantuan “
Khusyuk berselimut daripada keluar mencari rezeki, Mufti Perlis, Profesor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, menegur segelintir sikap asnaf yang dilabelkan sebagai pemalas dalam kuliah mingguannya di Masjid Alwi, Kangar, Perlis, malam tadi.
BACA: Kisah Sebenar Akak 3 Anak Jual Nasi Lemak Tepi Jalan
Menceritakan kunjungan bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bagi mencari asnaf di kawasan kampung, beliau mendapat terdapat segelintir daripada mereka yang masih terperuk di rumah.
“Masih ada asnaf yang berselimut sedangkan orang lain dah keluar cari rezeki.
“Yang saya kesal, ketika pemberian sumbangan daripada Raja Muda, ada antara asnaf yang memiliki kotak rokok dalam poket baju,” katanya.
Beliau dengan nada tegas menambah:”Kalau mampu beli sekotak rokok bernilai RM15 tapi tak boleh membeli beras kampit kecil berharga RM13, mereka tak layak dikategorikan sebagai asnaf.”
Jangan lupa ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kasut Paling Mahal?
- SUMBER
- Malaysia Kini