Tak Mahu Bayar Di Kaunter Melayu Bertudung, Wanita Cina Ini Dipuji
Baru-baru ini tular di media sosial kisah sepasang suami isteri berbangsa Cina yang sanggup beratur panjang di kaunter lain dan tidak mahu mebayar di kaunter yang kosong kerana melihat penjaga kaunter itu memakai tudung.
Rupanya ada sebab mengapa pasangan itu tidak mahu beratur di kaunter Melayu bertudung. Menerusi perkongsian oleh seorang individu dikenali sebagai Abd Halim Benloo Hj Omar, dia berkunjung ke sebuah pasar raya dan terdengar perbualan pasangan berkenaan yang ternyata membuka matanya.
BACA: Ini Sebab Lelaki Cina Ini Dipuji Orang Ramai
“Masa beratur tadi, aku ada terdengar aunty ini berborak dengan suami dia. Macam nak menangis aku dengar. Korang tahu apa perbualan dia? Aku terjemahkan kepada bahasa Melayu okay,” katanya yang juga memahami bahasa Cina kerana pernah bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina.
Suami: “Hey, nasib baik you beratur di barisan ini.”
Aunty: Yalah, kita jangan buat orang susah.
Pening juga aku fikir apa yang buat orang susah, bayar sahaja kot, akhirnya aku dengar lagi perbualan dia.
Suami: Wa pun ingat tadi suruh you beratur sini. Sebab dari jauh I sudah nampak barisan sana semua amoi Melayu pakai tudung.
Akhir sekali aku tengok apa yang mereka beli. Rupanya dia orang ada beli bir, aku pun mulut gatal berborak dengan aunty tu.
Aku: Wah aunty sudah mahu raya beli banyak bir
Aunty: Yalah beli sekarang nanti tak susah ma
Aku: Kenapa tak bayar sebelah, sebelah sana kosong ma?
Aunty: Tak mahulah, itu amoi Melayu Islam, tak mahu susahkan orang Islam angkat Ini bir, tak elok ma, sini amoi India boleh angkat.
Aku: Okay I faham.
“Lepas tu aku pun beredar, dalam masa sama aku dok terfikir, Kenapa dekat luar sana masih ramai yang ragu-ragu dengan bangsa ini padahal okey je.”
“Sorry Aunty, I curi gambar you senyap-senyap. Terima kasih aunty kerana dah selamatkan gadis-gadis bertudung tu dari dilaknat oleh Allah.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang memuji sikap pasangan tersebut yang bertimbang rasa dan menghormati agama lain. Kata netizen lagi, ini barulah Malaysia sebenar yang hidup aman harmoni.
Diharap kisah ini dapat dijadikan contoh dan janganlah bersangka buruk terhadap bangsa lain. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
- SUMBER
- Lobak Merah