Setiap kali tiba bulan Ramadan, solat sunat Terawih antara ibadah yang paling dinanti ramai. Ketika ini, kita dapat melihat ramai anak-anak muda menjadi imam untuk solat Terawih.

Jika sebelum ini tular mengenai seorang remaja 13 tahun sudah menjadi imam solat Terawih, kali ini kisah seorang pelajar perubatan bernama Muhammad Syazwan ini pula menjadi perhatian ramai.

BACA: “Imam Terawih Dibayar RM3k Bising, Penyanyi Bayar Ribu Boleh Pula”

Meskipun sibuk di siang hari menjalani latihan praktikal di Hospital Putrajaya, penuntut tahun akhir jurusan perubatan dan pembedahan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) ini menggalas tanggungjawab sebagai imam solat tarawih di di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya di malam hari.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata kesibukan sebagai pelajar tidak menghalangnya untuk mengimbangkan dunia dan bekalan akhirat. Dalam pada itu, pemuda berusia 25 tahun itu sudah melakukan tugasan sambilan sebagai Imam Rawatib di masjid tersebut sejak tahun 2015 lagi.

“Sebenarnya saya akui mencabar apabila bergelar penuntut dan dalam masa sama, perlu mengimbangkan tugasan sambilan sebagai Imam Rawatib sejak 2015 di masjid itu.

“Sepanjang Ramadan, saya mengimamkan solat tarawih bergilir dengan imam lain di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah selain memenuhi jemputan imam solat tarawih dan qiamullail antaranya di Putrajaya, Puchong, Shah Alam, Klang dan Kedah,” katanya kepada Harian Metro.

Menghafaz 30 juzuk ketika menuntut di Darul Quran, Muhammad Syazwan berkata tugasan sambilan sebagai Imam membantunya memastikan kesemua juzuk yang dihafaznya sentiasa diingati dan diamalkan.

“Bagi saya, al-Quran ini adalah amalan kita setiap hari untuk bekalan akhirat dan kerjaya doktor di dunia ini diseimbangkan.

“al-Quran bukan bebanan untuk berjaya di bidang lain kerana ia lebih memudahkan pilihan kita,” katanya.

Memandangkan jadualnya sangat padat di siang hari, Syazwan akan mengambil masa setengah jam selepas sahur atau solat subuh untuk membaca al-Quran bagi melancarkan bacaan ketika mengimamkan solat.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi