Tak Mampu ‘Push Up’ Lebih 10 Kali, Risiko Sakit Jantung
Buat lelaki diluar sana, agak-agak berapa kali tekan tubi yang anda boleh lakukan? Jika anda mampu melakukannya lebih 10 kali, anda boleh menarik nafas lega.
Jika anda, anda mungkin perlu berasa bimbang. Ini kerana menurut kajian terkini dari Universiti Harvard mendapati kemampuan seseorang lelaki untuk melakukan “push up” atau tekan tubi boleh di jadikan indikator penting untuk mengetahui risiko serangan jantung.
BACA: Kajian: Semakin Besar Perut, Semakin Kecil ‘Otak’
Menurut kajian tersebut, lelaki pertengahan umur yang tidak mampu untuk melakukan “push up” melebihi 10 kali berisiko untuk mendapat serangan jantung.
Dalam pada itu, kajian juga menyebut, lelaki yang mampu melakukan “push up” melebihi 40 kali, di dapati 96% kurang berisko untuk mendapat serangan jantung dan stroke.
Jadi, berapa ‘push up’ yang anda boleh lakukan? Kalau kurang daripada 10 tu, mulalah lakukan senaman tersebut dari sekarang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- Public Health Malaysia