Sekarang ni dah ada pelbagai jenis air minuman untuk menambah tenaga atau menjaga kesihatan yang dijual dipasaran. Ada juga yang mencipta air kesihatan sendiri dan tips tersebut dikongsikan di media sosial.

Namun, bagi doktol viral, Dr Nur Amalina Che Bakri yang kini menjalani latihan pembedahan di ‘The Royal College of Surgeons’ di England, menasihati orang ramai agar jangan terlalu obses dengan mengambil jalan mudah untuk sihat.

BACA: 4 Tips Mudah Berbahasa Inggeris Cara Dr Amalina Bakri

Amalina memberitahu, tidak perlu air detox atau apa saja air untuk kesihatan. Dia hanya mengamalkan air putih serta melakukan senaman setiap minggu untuk kekal sihat.

Tak payah air itu ini, minum air masak je

Selain mengamalkan air masak, Amalina turut makan banyak buah-buahan dan sayuran serta ke gim 3 hingga 4 kali seminggu.

Kata Amalina lagi, kadang-kadang dia hanya berlari di sekeliling taman atau tepi sungai. Hasil dari amalan tersebut, dia mampu mengekalkan tenaga dan menjalankan kerja sebagai doktor dengan baik sekali.

Betul apa kata Dr Amalina. Ramai sangat orang sekarang yang terlalu obses nak cantik, nak kurus tapi nak ambil jalan mudah dengan telan pil kurus, ubat putih. Akhirnya beri kesan buruk pada badan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Guna Bahasa Melayu ‘Broken’ Boleh Didenda RM1,000
Ini Istilah Baru ‘Food Truck’ Dalam Bahasa Malaysia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?