“Tak Payah Nak Ukur, Terus Keluar Je Dari Kedai Makan”
Bermula 1 Janurai lalu, larangan merokok di semua premis makanan sudah pun dikuatkuasakan. Seperti yang diketahui, larangan tersebut sudah tentu bukanlah berita baik buat mereka yang merokok.
Sejak semalam, tular di media sosial gelagat pelanggan yang menggunakan pita pengukur untuk mengukur jarak meja makannya dengan lokasi yang dibenarkan merokok iaitu 3 meter. Rata-rata netizen yang menonton video berdurasi 22 saat itu terhibur dan geli hati dengan gelagat pelanggan tersebut.
BACA: Mulai 2019, Hanya Dibenar Merokok 3 Meter Dari Kedai Makan
Netizen mengatakan cara yang dilakukan oleh mereka sangat bernas dan pasti tidak akan disaman. Tidak kurang juga ada yang mahu mencuba cara tersebut di kedai makan.
Ada juga mengatakan, pasti harga pita pengukur akan naik selepas ini dek kerana ramai yang mahu mendapatkannya untuk mengukur jarak setiap kali ingin merokok.
Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan tindakan pelanggan tersebut yang dilihat seolah tidak prihatin dengan individu yang tidak merokok. Ada juga berpendapat mereka seolah menyindir peraturan larangan merokok tersebut sedangkan rakyat sepatutnya menyahut seruan kerajaan.
Apa pun larangan ini sekaligus mengajar perokok untuk lebih bertimbang rasa. Sebelum ini ramai yang tidak peduli dengan keadaan sekeliling setiap kali merokok sedangkan mereka tahu bahaya asap rokok terutama kepada kanak-kanak.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- Lobak Merah