Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang lelaki berusia 41 tahun mengahwini isteri ketiganya yang baru saja berusia 11 tahun. Lelaki itu dikecam teruk oleh netizen dan ramai pihak meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkahwinan tersebut

Namun menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, isu perkahwinan itu tidak perlu diperbesarkan sehingga menampakkan kesalahan Kerajaan Negeri Kelantan kerana semua pihak perlu sedar perkahwinan itu berlaku di selatan Thailand.

BACA: Ini Penjelasan Kanak-Kanak 11 Tahun Kahwin Ustaz

Kata beliau lagi, perkahwinan di usia muda sudah menjadi perkara biasa dan lebih baik kerajaan memberi tumpuan kepada perkara bertentangan dengan tuntutan agama.

“Saya rasa benda ini tidak sepatutnya disensasikan sebab saya selalu sebut, isu zina, anak luar nikah, gay dan lesbian ini isu yang lebih besar kepada negara.

“Isu ini (kahwin budak 11 tahun) dari segi agama tidak salah dan tidak patut perbesarkan menjadi isu sebagai isu negara, benda ini terpencil, bukan semua lelaki kahwin dengan budak berusia 11 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau lagi, pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menjalankan siasatan berhubung isu terbabit.

“Kita tengok dulu keputusan dan pengurusan yang dibuat oleh jabatan. Kalau benda ini bercanggah dengan peraturan dan undang-undang tindakan akan diambil,” katanya lagi.

Diharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kanak-kanak 11 tahun itu masih lagi di bawah umur dan kes tersebut boleh merosakkan sistem masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN:
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Orang Bunuh Diri? | Korea Part 03