Tidak dinafikan ayam goreng memang enak dimakan bersama keju yang cair dan panas. Kini, ia menjadi kegilaan orang ramai hinggakan ada yang sanggup beratur panjang demi ayam goreng cheese ala Korea.

Walaupun harganya agak mahal jika dimakan di restoran, namun orang ramai seakan tidak kisah membayar pada harga yang tinggi. Di Korea, ayam goreng cheese dianggap makanan popular kerana rakyat negara itu amat menggemari ayam goreng selain daging, kimchi dan sebagainya.

BACA: Jom Buat Ayam Tandoori Kepada Yang Sedang Berdiet

Sumber dari burpple.com

Kini, anda boleh membuatnya sendiri di rumah dengan harga RM20. Malah, anda boleh goreng berapa banyak ayam goreng dan letak berapa banyak keju yang anda suka.

Bahan-bahan

1-1 1/2 keping dada ayam
6-7 ulas bawang putih
1-2 sudu kecil lada hitam
1-2 sudu serbuk kari
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
Serbuk roti
Garam secukup rasa
Mozarella cheese secukupnya

Cara-cara

– Potong ayam menjadi kecil dan bentuk dadu. Ketepikan.
– Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
– Perap ayam dengan bawang putih , lada hitam , serbuk kari dan garam.
– Perap 1 jam atau lebih.
– Pecahkan telur sebiji dalam perapan ayam tadi.
– Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung. Gaul rata.
– Golekkan ayam ke dalam serbuk roti dan goreng sehingga keemasan.
– Cairkan mozarella cheese guna api sederhana di dalam non-stick pan.
– Kacau sehingga keju betul-betul cair.

Gambar sekadar hiasan

– Setelah keju cair, boleh tuangkan keju dalam pinggan yang ada ayam goreng tadi atau letak ke dalam bekas lain.
– Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?