Tak Tutup Aurat Boleh Jejas ‘Gred A’ Kedai Makan Kota Baru
Untuk memastikan pekerja kedai makan memakai pakaian yang mematuhi syariat, Majlis Perbandaran Kota Baru bercadang untuk memasukkan kod berpakaian Islam dalam penilaian gred premis makanan.
Memetik laporan The Star, majlis itu memberitahu peluang untuk mendapat kategori A bagi kebersihan premis boleh terjejas jika pekerja kedai makan tidak menutup aurat.
BACA: “Rimas Dengan Peniaga Kelantan, Belajarla Cakap KL”
“Untuk mendapat Gred A, kedai makan mesti mematuhi semua syarat, termasuk kod pakaian,” kata presiden MPKB Ahmad Robert Abdul Rahim.
Beliau berkata pihak berkuasa tempatan kini sedang menggred 3,018 operator makanan berlesen dalam daerah tersebut.
Setakat ini 239 premis diperiksa. Gred A (sangat bersih) diberi kepada 22 premis, B (bersih) 107 premis dan C (kurang bersih) 110 premis.
Jika dilihat pada jumlah premis yang diperiksa, boleh dikatakan banyak kedai makan berada ditahap yang kurang memuaskan dan kotor.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
“Bro Pian Yang Awesome” | Mail Time #3
- SUMBER
- The Malay Mail Online