Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditubuhkan secara berperingkat sejak tahun 2011 untuk mengurangkan beban rakyat terutama dalam ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Malangnya, KR1M diumumkan tutup oleh kerajaan atas beberapa faktor sejak Isnin lepas.

BACA: Adakah Kedai Nasi Ganja Ini Akan Diserbu MBSA?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan KR1M ditutup sejak Julai lalu selepas menerima pelbagai aduan mengenai harga dan kualiti barangan dijual.

Yela, sepatutnya harga barang yang dijual lebih rendah berbanding kedai lain kerana tujuan kedai ini ditubuhkan untuk tolong rakyat negara ini.

Berita Harian melaporkan hampir semua KR1M telah ditutup beserta notis di premis perniagaan masing-masing. Kami difahamkan arahan penutupan sementara itu berkuatkuasa Isnin lepas di semua KR1M seluruh negara.

Selain itu, tujuan lain penutupan kedai adalah untuk mengira stok yang ada dan menghantar semula barangan kepada pembekal.

Walau bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Program KR1M 2.0 bakal dilancarkan dalam tahun ini juga dengan lebih banyak pilihan barangan dan yang penting, harga lebih murah dari pasaran.

Fakta lain

– KR1M mempunyai 185 cawangan seluruh negara.
– Sebanyak 250 barangan runcit dijual di KR1M.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lepak Kedai Kopi Dalam Gua?
Hidang Wantan Mee Halal, Kedai Kena Serbu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Dia Letak NUTELLA Banyak Banyak