Takut Ada Coronavirus, Kucing & Anjing Perliharaan Mati Dicampak Dari Tingkat Atas
Wabak misteri coronavirus semakin mencetuskan kebimbangan dunia apabila semalam satu kematian dicatatkan melibatkan luar negara China. Lebih panik apabila hari ini jumlah kematian meningkat kepada 362 orang.
Susulan wabak tersebut, tular satu perkongsian di media sosial foto menyayat hati beberapa ekor anjing dan kucing mati di beberapa unit pangsapuri di China. Lebih tragik ada haiwan ditemui mati di atas kereta.
BACA: Rakyat Malaysia Di Wuhan Akan Dibawa Pulang Esok
Dikhabarkan, haiwan peliharaan telah dicampak sendiri oleh tuan mereka dari tingkat atas kerana bimbang dengan penularan wabak coronavirus.
So Chinese pet owners are killing their cats and dogs by throwing them out of the window, in fear of their pets spreading the coronavirus. pic.twitter.com/xiJ6jgXuk1
— Augustus Prometheus 🧢 (@1984to1776) January 30, 2020
Difahamkan, punca pembunuhan binatang peliharaan susulan kenyataan seorang pakar, Dr Li Lanjuan bahawa jika haiwan terbabit mempunyai hubungan secara terus dengan suspek, haiwan itu perlu dikuarantin.
Lebih mencetuskan panik apabila media tempatan di China turut mengeluarkan satu laporan menyebut anjing dan kucing mampu menyebarkan koronavirus.
Bagaimanapun, setakat ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa bahawa tiada bukti virus itu berpunca daripada kucing atau anjing.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Inikah Kedai Tanpa Manusia Pertama Di Malaysia?
- SUMBER
- the Sun