Takut Beli Tauge Daripada Warga Asing
Aspek kebersihan harus dipertimbangkan jika kita mahu membeli bahan basah seperti sayur-sayuran. Jangan kerana ianya murah, anda terus membeli sayur daripada warga asing tanpa berfikir bagaimana mereka menanam sayur.
Baru-baru ini, pihak Harian Metro membuat pendedahan mengenai penanaman dan jualan tauge oleh pendatang tanpa izin (PATI) Bangladesh membuatkan orang ramai lebih berhati-hati ketika membeli.
BACA: Ini Sebab Wanita Ini Jual Sayur Secara Cashless
Menurut tinjauan pihak akhbar itu di Pasar Besar Pudu, Kuala Lumpur, mereka mendapati ramai pelanggan berasa was-was untuk membeli tauge daripada peniaga warga asing.
Menurut seorang pelanggan pasar itu, Roziatummiah Abd Aziz, 51 tahun, memberitahu kini dia lebih berhati-hati membeli tauge selepas berita pendedahan tauge jijik itu tersebar.
“Kehadiran warga asing menjajah pasar Pudu membuatkan khuatir isu kebersihan dan keselamatan kepada kesihatan,” katanya yang membeli barang basah daripada peniaga tempatan.
Selain itu, Mohd Firdaus Mohd Sabray, 23 tahun, pula berkata sebelum ini dia hanya membeli sayuran murah di pasar tanpa memikirkan jika ia kotor atau bersih.
Susulan timbulnya isu sebegini, saya kini lebih berwaspada dan tidak ambil mudah lagi berhubung aspek kebersihan makanan,” sambungnya.
Apa yang penting, biarlah kita memilih kualiti daripada kuantiti. Nanti jika anda sakit, sudah tentu anda yang rugi kerana perlu membiayai bil klinik atau hospital hanya kerana beli sayuran yang tidak bersih.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ciptaan Pasaraya Tempatan Ini Bantu Anda Masak Dengan Pantas!
Ini Pasar Raya Pertama Di Dunia Ganti Bekas Plastik
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Berlagak Konon Boleh Habiskan
- SUMBER
- HARIAN METRO