Taman Tema Hunger Games Wujud Di Korea?
Jika sebelum ini anda tertanya-tanya apakah perasaan bila berada dalam filem aksi Hunger Games, anda boleh merasainya sendiri apabila sebuah taman tema bertemakan Hunger Games bakal dibina di Pulau Jeju, Korea Selatan oleh Syarikat Lionsgate Entertainment.
BACA: Makanan Anda Dirampas Di Airport? Ini Pengakhirannya
Untuk pengetahuan anda, ‘Lionsgate Movie World’ ini memiliki lebih tujuh jenis zon berbeza berdasarkan tema filem on Twilight, Now You See Me dan Robin Hood.
Taman Tema ini merupakan hasil kerjasama dengan Landing International dan bakal dibina di Jeju Shinhwa World. Pembinaan dijangka bermula pada tahun 2018 dan ia bakal dibuka kepada orang ramai pada tahun berikutnya.
“Para pengunjung akan dapat merasai sendiri pengalaman seolah berada di dalam filem tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lionsgate, Jon Feltheimer.
“Pengunjung akan mengalami sendiri adegan sebenar di dalam filem tersebut melalui permainan-permainan yang disediakan,” jelasnya.
“Selain itu, setiap zon juga turut menampilkan restoran bertema, kafe, kedai cenderamata dan persembahan lain,” sambungnya sebelum mengakhiri perbualan.
Nampaknya ramai yang akan bercuti di Korea Selatan apabila taman tema tersebut siap dibina dan pastinya ramai peminat filem-filem berkenaan tidak sabar untuk pergi ke sana.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Selamba Makan Cili, Rangup Pulak Tu!
- SUMBER
- SINAR HARIAN