Boleh dikatakan ramai yang mengeluh berikutan harga tambang perkhidmatan teksi di Malaysia agak mahal. Namun, kajian pula mendedahkan sebaliknya.

Menurut kajian oleh taxi2airport.com, nilai tambang teksi di Malaysia antara yang termurah. Malaysia menduduki tangga kelima tambang teksi paling murah.

BACA: Perkhidmatan Teksi Motorsikal Kembali Beroperasi

Caj yang ditawarkan di Malaysia adalah EUR1.70 (RM7.98) untuk perjalanan 5 kilometer (km).

 

Negara dengan tambang teksi paling murah adalah negara Mesir dengan tambang EUR0.84 (RM3.94) untuk 5 km.

Tangga kedua milik India EUR1.29 (RM7.98) diikuti Thailand dengan tambang EUR1.41 (RM6.62).

Tambang teksi paling mahal di dunia adalah negara Switzerland bernilai EUR22.68 (RM106.41) untuk 5 km perjalanan.

Apa pendapat anda, adakah anda setuju bahawa harga tambang teksi di negara kita murah?

Jangan lupa untuk ikuti kami di FacebookΒ danΒ Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱