Ini semestinya berita gembira buat peminat setia bubble tea. Bersempena dengan bulan Ramadan ini, Tealive menawarkan promosi minuman berharga RM2.50 sahaja. Wow!

Tawaran ini sah di semua cawangan Tealive di seluruh Malaysia kecuali cawangan Tealive di AEON Delica Foodcourts, Maxvalu dan MAPS. Promosi yang sudah pun bermula pada 5 Mei itu sah sehingga 15 Jun ini.

BACA: Semua Cawangan Tealive Dibenar Beroperasi Seperti Biasa

Perlu diingatkan, promosi ini sah untuk minuman Tealive yang berharga RM6.50 dan terhad kepada satu pembelian untuk satu transaksi.

Paling penting, anda perlu membayar menggunakan Touch n Go eWallet untuk mendapatkan minuman Tealive dengan harga RM2.50.  Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan Tealive berhampiran anda.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi