Kini ramai yang suka makan dan lepak di kafe-kafe hipster atau moden kerana gemarkan suasana yang tenang sambil menghirup kopi.

Gadis ini berkongsi pengalaman memberi pesanan kopi di salah sebuah kafe dan memberi sedikit teguran kepada barista kopi supaya dijadikan pengajaran.

BACA: Kaki Lipas Dalam Kopi, Ini Tindakan McD

Pengalaman gadis bernama @nadmlight di ig story dikongsi oleh seorang gadis bernama @zayyanirazali di laman sosial Twitter.

Gadis itu hanya ingin memberi pesanan supaya barista kopi lebih peka dengan pelanggan mereka yang baru pertama kali datang atau tidak tahu jenis kopi yang diinginkan.

Menurutnya, apa salahnya jika memberi panduan kepada pelanggan dan sedikit maklumat mengenai kopi contohnya seperti “white coffee” dan tak hanya bergantung pada menu sahaja.

“Tanya dia nak yang mild ke strong, ada milk ke takde, hot ke iced,” tambahnya.

Jika ada yang memesan minuman berasaskan susu dan perisa menggunakan syrup seperti caramel dan hazelnut dan mereka kelihatan tak yakin dengan pesanan, lebih mudah barista bertanya kalau mereka mahu menambah espresso shot jika tak mahu rasa kopi hilang kerana perisa tambahan tadi.

Selain itu, gadis itu juga menerangkan barista boleh memberitahu kepada pelanggan rasa kopi yang dipesan itu tak mengandungi gula dan menunjukkan tempat di mana mereka boleh tambah gula sendiri.

Malah, dia juga berkongsi pengalaman apabila seorang wanita tidak tahu untuk meletakkan gula di dalam minumannya dan menyangka air gula dalam bekas jag adalah air kosong.

Sebenarnya, ada bagus juga jika perkara ini diketengahkan kerana tak semua orang tahu untuk memesan minuman terutama di kafe dan tak bergantung kepada menu semata-mata.

Sedikit penerangan juga mencukupi tapi janganlah bertanya lama sangat, kesian orang beratur lama di belakang anda.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Harga Secawan Kopi Jadi RM265
Beg Kopi Bungkus Laku Habis Di Singapore
Starbucks Perkenal Kopi Latte Perisa Kunyit

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Port Baek Untuk Makan Hotdog – Port Bujang