Sekarang ini jika anda melihat sekeliling bermacam-macam ragam jenis manusia dapat dilihat. Baru-baru ini di Hamilton, Canada seorang pelanggan restoran makanan segera McDonald’s menghubungi pihak polis kerana makanan yang diterima dalam keadaan sejuk.

Laporan mendedahkan, Ahad lalu pegawai polis menerima panggilan daripada pelanggan melaporkan kentang dan burger yang ditempah menerusi Uber Eats sudah sejuk.

BACA: Kentang McD Boleh Merawat Masalah Botak Kepala?

Berikuta itu, polis Hamilton mengingatkan orang ramai bahawa walaupun makanan yang anda beli di McDonald’s tidak memuaskan, tidak ada sebab untuk menghubungi panggilan 911.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada perkhidmatan penghantaran makanan pula yang perlu dipersalah kerana kualiti makanan yang kurang memuaskan dan tidak pantas. Namun pelanggan yang tidak berpuas hati tidak ada sebab untuk menganggap ianya situasi mencemaskan.

“Panggilan 911 adalah untuk mereka yang mempunyai kecemasan yang serius. Sistem ini dimaksudkan untuk kecemasan hidup atau kematian.”

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Sebab Kenapa Aiskrim Choco Top McD Jadi Mimpi Ngeri Buat Staf
McD Malaysia Lapor Polis Berhubung Dakwaan Boikot

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pyan Makan Makanan Tak Halal Masa Travel?