Nampaknya wanita ini sememangnya peminat tegar buah durian sehingga sanggup bergaduh dengan teman lelaki hanya kerana mahu makan buah tersebut. Wanita yang dikenali sebagai Zhang, 29, dari Zhejiang, China, kecewa apabila teman lelakinya, Luo tidak membenarkannya makan buah durian di dalam bilik hotel sehingga menyebabkan pertelingkahan.

Menurut laporan ET Today, pada malam kejadian, pasangan tersebut ke hotel untuk meluangkan masa bersama, Zhang yang ketika itu lapar mahu membuka durian yang dibelinya. Bagaimanapun, teman lelakinya secara bergurau melarang wanita itu makan durian di bilik hotel.

BACA: Jual Durian RM1, Mahu Orang Kurang Mampu Dapat Merasa

Berang mendengar larangan itu, wanita tersebut memukul teman lelakinya dengan durian dan menendangnya. Konon mahu menenangkan wanita itu, lelaki itu bertindak menampar teman wanitanya dan tercetus pergaduhan kecil.

Namun lain yang terjadi apabila wanita itu menghubungi pihak polis dan mendakwa dia dirogol oleh teman lelakinya.

Pihak polis yang bergegeas ke bilik hotel terkejut kerana mendapati tiada tanda wanita itu dirogol. Bilik hotel itu juga dalam keadaan kemas dan tiada tanda pergelutan.

Selepas disoal siasat, akhirnya Zhang mengakui dia membuat tuduhan palsu kerana rasa marah apabila teman lelaki melarangnya makan buah durian di dalam bilik. Setelah mendengar pengakuannya, pihak polis memutuskan untuk mengenakan denda di atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pizza Cempedak & Durian Pulak Sekarang, Kini Di Penang!
Sanggup Tunggu Dua Jam Nak Beli Durian RM5 Sekilo

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berpeluh Kepedasan Layan Nasi Kukus Malaya