Kenikmatan memakan aiskrim secara beramai-ramai setelah gembira menyambut kelahiran seorang bayi menjadi kecoh apabila sebuah keluarga di Kanada menjumpai tiub picagari di dalam aiskrim yang dimakan oleh mereka.

BACA: Ini Lokasi Anda Boleh Dapatkan Kopi Kon Aiskrim

Sumber dari cbc.ca

Datuk kepada bayi tersebut tergigit sesuatu yang keras semasa mereka sedang enak menikmati aiskrim berperisa coklat, kacang dan karamel jenama Coaticook itu.

“Dia masukkan ke dalam mulut dan menjumpai serpihan picagari,” ujar Carole-Anne Christofferson kepada Radio-Canada.

“Dia yang paling teruk terkesan. Dia tidak sanggup untuk bercakap tentang hal itu,” kata anak kepada datuk bayi tersebut.

Sumber dari ca.news.yahoo.com

Malah, terdapat kesan cecair seperti darah di serpihan picagari tersebut yang membuatkan keluarga mereka diselubungi ketakutan.

Selepas itu, pegawai unit kesihatan Quebec mencadangkan supaya keluarge mereka menjalani pemeriksaan HIV, Hepatitis A,B dan C untuk mendapatkan kepastian bahawa mereka tidak terkena jangkitan berbahaya dari tiub picagari yang tidak diketahui status kebersihannya itu.

Menurut keluarga itu, mereka membeli aiskrim tersebut di kedai runcit di Trois-Rivières, Quebec, Kanada. Namun, keluarganya hanya membuat aduan kepada syarikat aiskrim tersebut tanpa membuat sebarang tindakan undang-undang kepada mereka.

Pihak syarikat aiskrim tersebut memberitahu ini adalah kes pertama yang berlaku dan mereka akan melakukan siasatan terhadap kes ini. Wakil Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada juga akan melakukan pemeriksaan di Coaticook pada minggu hadapan.

Kita harus berwaspada semasa makan kerana kita tidak tahu bahan apa yang digunakan untuk memasak makanan dan jika ada ‘objek’ lain termasuk dalam makanan tanpa kita sedari.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ais Krim Goreng, Malas Pun Boleh Siap