Terkejut Restoran Mamak Caj 30 Sen Untuk Mangkuk
Pasti ada diantara anda setiap kali ke restoran mamak akan meminta air bungkus ikat tepi walaupun makan di kedai. Ada yang berpendapat air bungkus lebih banyak berbanding air yang dihidangkan di dalam cawan. Tapi kalau beli air bungkus tak sah rasanya tak minta mangkuk sekali untuk letakkan air tersebut.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dikenakan caj 30 sen untuk mangkuk yang dipesan untuk meletakkan teh o ais limau bungkus. Laporan menyebut, kejadian itu berlaku di sebuah restoran mamak di Rawang, Selangor.
BACA: Milo Ais Di Mamak Lebih Mahal Dari 1 Liter Petrol
Memetik laporan World Of Buzz, wanita itu turut berkongsikan pengalamannya itu di media sosial untuk bertanyakan pendapat orang ramai mengenai isu tersebut. Turut disertakan resit bukti caj yang dikenakan.
Memetik laporan Sinchew, wanita itu meminta mangkuk untuk meletakkan air bungkus ikat tepi untuk memastikan air tersebut tidak tumpah dan tidak perlu dipegang ketika sedang makan.
Dalam pada itu, wartawan daripada Sinchew turut menghubungi KPDNKK cawangan Hulu Selangor untuk mengetahui sama ada restoran tersebut melanggar undang-undang atau tidak. Pihak KPDNKK memberitahu mereka perlu merujuk ibu pejabat terlebih dahulu kerana tidak pernah berdepan dengan kes seperti ini.
Pihaknya turut menggesa pengguna untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya satu kes boleh dibuka. Sekiranya restoran tersebut telah melanggar mana-mana undang-undang, tindakan akan diambil.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱
- SUMBER
- World Of Buzz