Tertinggal Bayi Di Airport, Penerbangan Jeddah-KL Berpatah Balik
Jika tertinggal barangan di lapangan terbang itu sudah menjadi perkara, tetapi bayangkan jika tertinggal anak di airport dan kapal terbang sudah pun berlepas.
Baru-baru ini, sebuah pesawat penerbangan Suadi yang berlepas dari Jeddah menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik apabila seorang ibu menyedari bayinya tertinggal di lapangan terbang.
BACA: Tips Beli Tiket Flight Murah, Ramai Tak Tahu Rupanya!
Menurut laporan berita Gulf News, penerbangan SV832 melencong semula ke lapangan terbang selepas seorang wanita memberitahu kru kabin bahawa dia tertinggal bayinya di ruang berlepas di terminal Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz.
Sebuah video mengenai insiden tersebut tular di media sosial yang menunjukkan juruterbang meminta izin daripada pegawai ATC untuk kembali ke lapangan terbang.
Susulan insiden seperti ini tidak pernah berlaku, semua pihak pada awalnya agak teragak-agak untuk memikirkan protokol yang sewajarnya.
Pegawai ATC tersebut, selepas mencatatkan nombor pesawat telah bertanyakan kepada rakan kerjanya tentang protokol yang perlu digunakan.
“Pesawat ini meminta untuk berpatah balik… ada seorang penumpang tertinggal bayinya di ruang berlepas, kasihan…,” katanya yang terpaksa bertanya kembali tujuan permintaan juruterbang itu untuk pengesahan.
“OK, patah balik ke pintu (pelepasan). Ini suatu yang baru bagi kami!”
Diruangan komen video tular itu, rata-rata netizen memuji juruterbang pesawat berkenaan yang tenang mengendalikan situasi tersebut dan mempunyai sifat ihsan untuk berpatah balik.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Astro Awani