Tetamu Paling Biadap Buang Lampin Dipenuhi Najis Atas Pinggan
Hujung minggu lalu, boleh dikatakan ramai pasangan mendirikan rumah tangga lebih-lebih lagi pada 31 Ogos kita menyambut hari Merdeka dan 1 September pula merupakan sambutan Maal Hijrah.
Namun, seorang netizen ini meluahkan rasa bengang dengan sikap tetamu yang tidak tahu menjaga adab apabila hadir ke majlis perkahwinan dengan sewenang-wenangnya membuang lampin dipenuhi najis di atas pinggan makanan.
BACA: Pulau Boracay Ditutup Gara-Gara Pelancong China Tanam Lampin Di Pantai
Tetamu majlis kahwin paling bodo dalam malaysia. pic.twitter.com/ATCz4Darlo
— Faqihuddin (@Faqihh_94) August 31, 2019
Pemuda itu turut menyifatkan tetamu tersebut ‘paling bodoh’. Menurutnya lagi, kenduri tersebut diadakan di dalam dewan dan berhawa dingin. Namun, bernasib baik tiada bau kurang menyenangkan dari lampin tersebut.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang mengecam tindakan biadap tetamu tersebut. Tidak kurang juga ada dikalangan netizen berkongsikan pengalaman sama seperti pemuda itu.
Netizen turut menyifatkan orang sekarang semakin teruk dan tiada rasa malu untuk melakukan tindakan sedemikian.
Betul ke masyarakat sekarang tiada kesedaran sivik? Rasanya tak susah pun nak buang lampin dalam tong sampah yang disediakan. Katakanlah, najis dari lampin tersebut terkeluar, tak ke anaiya orang namanya.