Thailand Bakal Jadi Negara Asia Pertama Halalkan Ganja
Ramai yang masih tidak tahu, kanabis atau ganja merupakan sejenis dadah yang sering digunakan dalam perubatan kerana dikatakan boleh melegakan pelbagai jenis penyakit.
Walaupun mempunyai manfaat dari segi perubatan, penggunaan kanabis diharamkan di kebanyakan negara di dunia terutamanya di Asia kerana penyalahgunaannya boleh menjadi punca kepada ketagihan.
BACA: Kajian: Marijuana Mampu Membunuh Sel Kanser
Walaubagaimanapun, semuanya bakal berubah tidak lama lagi apabila Thailand akan menjadi negara pertama di Asia yang akan membenarkan kanabis dalam perubatan.
Langkah untuk membenarkan penggunaan kanabis ini bakal dilaksanakan pada tahun hadapan, 2019 adalah disebabkan atas faktor-faktor ekonomi. Sekitar tahun 1980an, Thailand merupakan pengeluar kanabis utama di dunia.
Kanabis juga turut popular di kalangan pekerja ladang untuk tujuan relaks dan sekitar tahun 1970an ketika Perang Vietnam, tentera Amerika Syarikat menggunakan kanabis bagi memulihkan tenaga.
Penggunaan kanabis dalam perubatan menjadi semakin popular di serata dunia dan tumbuhan itu telah digunakan bergenerasi lamanya bagi merawat masalah stress, muntah dan sakit selepas bersalin. Jika diluluskan untuk tujuan perubatan baguslah banyak manfaatnya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MISI 24 JAM DALAM KAWALAN ANDA!!! 🔥🔥🔥
- SUMBER
- ohmymedia