Thailand Negara Pertama Asia Benarkan Perkahwinan Sejenis
Selepas menjadi negara Asia pertama menghalalkan ganja, nampaknya Thailand dilihat semakin terbuka apabila sekali lagi menjadi negara Asia pertama membenarkan perkahwinan sesama jantina.
Memetik laporan Financial Times, kerajaan ketenteraan Thailand baru-baru ini meluluskan rang undang-undang mengesahkan perkongsian sivil sama seks.
BACA: Thailand Sah Negara Asia Pertama Halalkan Ganja
Walaubagaimanapun, untuk mendaftar perkahwinan di Thailand, salah seorang pasangan perlulah warganegara Thailand dan had umur mestilah 20 tahun ke atas.
Terdahulu, Taiwan antara negara yang menyuarakan pandangan untuk menghalalkan perkahwinan sejenis namun perkara itu tidak diluluskan di parlimen.
Jika sebelum ini hanya Australia, negara terdekat yang membenarkan pasangan sejenis berkahwin. Nampaknya dengan kelulusan undang-undang tersebut semakin banyaklah golongan LGBT yang kemungkinan besar berkembang di Malaysia nanti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MISI 24 JAM DALAM KAWALAN ANDA!!! 🔥🔥🔥
- SUMBER
- World Of Buzz